Rabu, 28 Januari 2015

Tudung Muslimah





hijab ummu . . . . macam mana terjadinya hijab ummu ini,kisahnya bermula dari tudung bawal. dulu tdg fav adalah tudung bawal.  tapi lama kelamaan rasa tudung bawal macam jarang sampai menampakkan rambut kita. 

nak diikutkan boleh jer pakai tudung dlm utk elakkan jarang sampai menampakkan rambut. 
dan kebetulan pula terfikir mcm nak buat tdg, tapi bukan laa utk berbisnes. just utk diri sendiri. 
mula2 buat juga potongan bawal, tapi bila pakai mcm xbest.. kain yg potong reject beli lagi kain testing sampai nak ke subuh.. akhirnya jdi laa hijab ummu. 

yesss!! sgt berpuas hati sbb dpt pakai tdg sendiri. 

Isnin, 26 Januari 2015

MUHASABAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

TAZKIRAH PAGI INI..
Muhasabah Buat Yang Menyambut Hari Lahir Hari Ini..dan hari2 lain

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi. Semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari lahir. Selamat pulakah hari matiku?

Sebenarnya bukan hanya untuk ingatan pada harilahir saja. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat. Saya yakin apa yang tertulis ini adalah juga bicara hati kita, yang merasa diri terlalu banyak dosa dan merasa diri tidak layak untuk syurga-Nya.

Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:
"Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga."
Kata-kata ini menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur?

Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.Teringat pula kata Imam Ghazali:
"Ada manusia yang sedang ketawa sedangkan kain kafannya sedang menunggunya.

Ya, hari ini ulang tahun kelahiranku. Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti.

Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi. Semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari lahir. Selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. 

Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba.

 Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.

Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata: "Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi."

Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku amat keras. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi `hati' yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan `dilahirkan' semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

Rasullah s. a. w. bersabda:-
"Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT"
[At-Tirmidzi, Ibn Hibban]

Wallahua'lam.
- Ikhlas dari Ust Kay 17.1.1972

COPY & PASTE DARI CCUK VERSI ASAL TANPA SEBARANG EDIT. 



              SAAT AKU DIGELAR SEORANG ISTERI


11/12/14 tarikh yang dinantikan.. perasaan nebes tuh Allah Swt shj yg tahu. seperti kebiasaan sebelum pernikahan rata2 Allah Swt akan uji dengan pelbagai ujian. ujian apa?diantaranya --> kadang2 rasa give up,kadang2 rasa xyakin dia suka kita, kadang2 rasa nak majlis lebih dari org lain, kadang2 stress terlampau, kadang2 macam kita saja yg handle walhal sama2 fikir ,kadang2 time tuh laa nak sakit, nak demam itu ini dan pelbagai lg diuji sama ada secara fizikal mahupun mental.


Bagaimana perhubungan kami nih terjadi??. hehee perhubungan kami terjadi kerana sahabat baik kami yg kenalkan. waktu itu husband sedang mencari calon dan saya pun tgh mencari calon. dan kami pun ditemukan bertempat dicafe berdekatan perumahan saya. mula2 jumpa pelbagai detikan bebelan dgn omelan dlm hati saya.. hohohoo.. tapi siapa sangka dalam omelan itu akhirnya menjadi suami saya yg sah. alhamdulillah. 




Mlm itu kami taaruf antara satu sama lain DAN DITEMANI oleh sahabat2 baik kami berdua. dan mlm tuh juga kami bertukar no.fon. tapi dlm sesi taaruf nih, ada part yg kelakar tauuu !!. sbb waktu sesi sedang berlangsung ,air yg saya order tak terluak dan tak terhirup sampai laa akhir sesi. sedangkan saya rasa saya dah minum byk.. haha rupanya minum angin straw semata...cettt...  ok fine. sgt memalukan!. 



secara ringkasnya perkenalan kami .. tahu basic,xde sweet2,no date, msg harap semingu bape kali itu pun klu ada.. sgt huntung!. huhuu .  sampai  laa satu hari dia msg bertanyakan bila masa famili free, sbb nak dtg merisik.. okey fine!~ .. merisik shj.. sabar lagi. plg tidak ada line utk ke next stepkan ^_~ . alhamdulillah.   



dan hari pun berganti hari, tetiba dpt msg/call antara dua xingat. katanya nak terus bertunang. ahaiii.. ~ sbb xde prepare apa2 pun utk tunang.hantaran xbua sbb time tuh pula budy dgn order. keadaan jdi kelam kabut. ada  sedikit yg tidak setuju dr belah famili saya sbb lambat bgth dan belah lelaki bawa pula hantaran. dan kami xbuat hantaran. huh!~. mmg kelam kabut juga.. dan ada pelbagai isu yg timbul time tgh gawat. huu 


pendekkn cerita lg.. majlis pun berlangsung tanpa baju tunang.. dan hiasan apa.. cuma pakai baju biasa dan majlis simple.. alhamdulillah semua berjalan dgn lancar dan famili pun senyum lebar terhibur agaknya. katanya pandai saya pilih. alhamdulillah.. mudah2an itu doa yg baik buat saya dan semangat utk saya meneruskan next step. 



dan mcm kita semua tahu.. tempoh pertunangan adalah satu cabaran. huhuu iyerr betul!!.pula encik tunang nih xsuka msg. suka senyap dan no date!!!~.  ngeee  mmg kesabaran.. tapi bila fikir balik kebaikannya byk disitu. hehee dipendekkan cerita saya. maka terjalin laa perhubungan kami dgn sekali lafaz shj . alhamdulillah.. 




pernikahan yg paling sempoi org yg hadir kata. ngee~ xpela yg penting simple selesa .. xdela pening sgt fikr.11/12/14 hari pernikahan kami berdua djalankn...

selebihnya nnt saya sambung dan cun kan balik ayat.. sebab buat blog sambil pening.. huhuu..